Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ada kanak-kanak yang didakwa sebagai anak yatim oleh pihak pengurusan GISBH dan terdapat sebahagian yang tidak diketahui statusnya.
Minggu lalu, rakyat Malaysia gempar susulan satu serbuan di beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd yang berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi.
Baca Artikel Berkaitan: “Liwat Tu Ada, Tapi Satu Dua Kes” – Pemimpin GISBH Bakal Ambil Khidmat Peguam, Minta Rakyat Tolong Bayar Sebahagian Besar Ibu Bapa Telah Dikenal Pasti Terkini, media melaporkan pihak berkuasa telah mengenal pasti sebahagian besar ibu bapa kepada 392 kanak-kanak yang diselamatkan daripada 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH itu.
Ada Kanak-Kanak Berbinkan Abdullah, Tidak Tahu Status Razarudin berkata, dalam kalangan kanak-kanak yang diselamatkan itu, ada yang didakwa sebagai anak yatim oleh pihak pengurusan GISBH dan terdapat sebahagian yang tidak diketahui statusnya. 10 Kanak-Kanak Diselamatkan Adalah OKU & Penghidap Autisme Di samping itu, Razarudin turut mendedahkan bahawa 10 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan merupakan orang kelainan upaya dan pengidap autisme. Mereka telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik saringan dibuat.
2 Saringan Sebelum Pulangan Kanak-Kanak Yang Dituntut Ibu Bapa Di samping itu, beliau turut menjelaskan dua fasa saringan yang akan dijalankan sekiranya ibu bapa menuntut agar anak-anak mereka yang diselamatkan itu dipulangkan. YDPA Titah Tindakan Segera Diambil Isu Dakwaan Penganiayaan Kanak-Kanak Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi satu kenyataan di akaun Facebook hari ini , menitahkan pihak polis agar menjalankan siasatan segera dan menyeluruh ke atas dakwaan penganiayaan kanak-kanak di rumah amal tersebut.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Berlaku pengabaian, aniaya kanak-kanak diselamatkanPolis menemukan elemen pengabaian dan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang diselamatkan di rumah amal dikaitkan dengan GISBH
Read more »
PAS nafi ada kaitan dengan syarikat didakwa eksploitasi kanak-kanak, agamaTEMERLOH: PAS menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama susulan serbuan ke atas 20 ru...
Read more »
‘Ada suspek mengaku dera penghuni rumah amal kelolaan GISBH’'Ada suspek mengaku dera penghuni rumah amal kelolaan GISBH'
Read more »
Tuanku Muhriz dukacita perlakuan penderaan, eksploitasi kanak-kanakTuanku Muhriz dukacita perlakuan penderaan, eksploitasi kanak-kanak
Read more »
Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanakSEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan perbuatan mengeksploitasi kanak...
Read more »
Tular video kanak-kanak menghuni rumah amal ditindih, dirotan penjagaPETALING JAYA: Dua video tular menunjukkan penderaan dialami seorang kanak-kanak dipercayai menghuni salah sebuah rumah kebajikan yang dikaitkan dengan syarikat Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).
Read more »