4 negeri hadapi pilihan raya diramal hujan pada sebelah pagi
MetMalaysia turut ramal ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat di P. Pinang, Selangor dan Kedah, satu dua kawasan pedalaman NS serta beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2023.
HUJAN diramal berlaku di satu dua tempat di sebelah pagi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, esok. Berdasarkan maklumat di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia cuaca sama dijangka berlaku di Kedah melibatkan banyak kawasan pantai serta mendung di Terengganu, manakala Kelantan diramal cuaca baik.
MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, satu dua kawasan pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.Seramai 9.67 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri di enam negeri pada PRN, manakala 122,160 orang layak mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.
Secara keseluruhan 17,048 saluran mengundi disediakan di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri itu, manakala untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi. – Bernama, 11 Ogos, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysian nabbed with 4.7kg heroin at Woodlands Checkpoint | The Malaysian InsightImmigration authorities find haversack containing drugs in suspect’s car.
Read more »
Singapore scrambles warplanes after Malaysian chopper flies near Changi Airport | The Malaysian InsightNo security risk detected, 20 flights delayed due to incident, say city-state’s authorities.
Read more »
Anwar urges Negri Sembilan folk to back Aminuddin | The Malaysian InsightIncumbent MB a credible leader, says Pakatan chief.
Read more »
Jailed ex-Pakistan PM’s lawyers file legal challenge | The Malaysian InsightUnless overturned, graft conviction will rule Imran Khan out of contesting elections.
Read more »
Nasa may delay crewed lunar landing beyond Artemis 3 mission | The Malaysian InsightThis is mainly due to setbacks in the hardware being developed by SpaceX.
Read more »
Hadi dakwa ada parti kerajaan perpaduan mahu sokong PN | The Malaysian InsightMenurutnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh daripada parti-parti gabungannya.
Read more »