KOTA BHARU: Kira-kira 1,000 penjawat awam Wisma Persekutuan Negeri Kelantan menyatakan solidariti terhadap perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin menerusi pelancaran tabung oleh Kelab Kebajikan Penjawat Awam Wisma Persekutuan (Kesuma) hari ini.
Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri , Jasri Kasim berkata, tabung yang dilancarkan dalam tempoh dua minggu itu merupakan salah satu inisiatif keprihatinan dalam kalangan penjawat awam di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan.“Ini sebagai tanda mengingati kesengsaraan rakyat di Palestin. Kita turut mengecam tindakan berkenaan dengan melancarkan tabung berkenaan untuk membantu nasib umat Islam di sana.
“Hasil daripada kutipan tabung ini akan diserahkan melalui Wisma Putra yang mempunyai tabung khusus untuk membantu rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas Program Keselamatan Solidariti Palestin bersama Penjawat Awam di pekarangan Wisma Persekutuan Kota Bharu di sini hari ini. Terdahulu, Jasri dalam ucapannya dengan tegas mendesak agar Israel menghentikan segera serangan ke atas Palestin dan mendoakan kemenangan Palestin selain melaungkan laungan ‘Hidup Palestin’ dan ‘Palestin Pasti Merdeka’.
Mengulas lanjut, Jasri berkata, pihaknya turut memohon semua ketua-ketua jabatan untuk sama-sama melancarkan tabung kepada Palestin di jabatan masing-masing.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Orang Asli Kelantan kutuk penindasan Zionis ke atas rakyat PalestinGUA MUSANG: Lebih 16,000 masyarakat Orang Asli di negeri ini mengutuk sekeras-kerasnya penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan mahu kekejaman itu segera dihentikan.
Read more »
Rakyat Kelantan perlu teruskan solat hajat, Qunut Nazilah untuk PalestinTUMPAT: Komuniti Madani Tumpat mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk terus memperbanyakkan solat hajat dan Qunut Nazillah secara berterusan kepada Palestin yang sedang berdepan penidasan rejim Zionis.
Read more »
UMK, kerajaan negeri dan swasta perlu jalin kerjasama bangunkan Kelantan-Tengku Mahkota KelantanBACHOK: Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertitah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kerajaan Kelantan dan pihak swasta dapat bekerjasama dalam konteks pembangunan negeri ini.
Read more »
Tengku Mahkota Kelantan suggests UMK, state govt, private sector work to develop KelantanBACHOK: Tengku Mahkota of Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, who is also Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pro-chancellor, has suggested UMK est...
Read more »
Zionis usir semua pekerja Palestin di Israel ke GazaZionis usir semua pekerja Palestin di Israel ke Gaza
Read more »
Konflik Palestin-Israel: Tiada unsur ancaman terhadap keselamatan negaraPihak berkuasa mengambil langkah meningkatkan tahap siap siaga di kawasan sempadan dan pada masa sama, polis menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran, kata Menteri Saifuddin Nasution.
Read more »